Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, July 8, 2017

PERKAHWINAN MEREKA TIDAK SAH!


Perkahwinan mereka tidak sah!


Jakarta - Pihak berkuasa tempatan mengumumkan perkahwinan remaja berusia 16 tahun dan nenek berusia 71 tahun di Sumatera Selatan minggu lalu sebagai tidak sah.

Pasangan Selamat Riayadi dan Rohaya yang mempunyai perbezaan umur 55 tahun itu berkahwin di Desa Karangendah, Lengkiti, Ogan Komering Ulu (OKU).

Menurut ketua Pejabat Wilayah Kemenang Sumsel, Alfajri Jabidi, pihaknya telah menghubungi pejabat Kementerian Agama Kabupaten OKU dan pejabat Urusan Agama setampat berhubung pernikahan tersebut

"Pernikahan Selamet dan Rohaya adalah tidak sah kerana pernikahan keduanya tidak berdaftar di pejabat agama setempat," katanya dipetik Kompas.com.

Ia harus menjadi pengajaran kepada ketua agama setempat.

"Saya sudah tegur ketua Kamenang di sana termasuk ketua pejabat urusan agama. Siasatan perlu dibuat, seperti syariatnya bagaimana, keabsahannya bagaimana.

"Semuanya harus diselidik untuk memastikan ia mematuhi peraturan sama ada dari pandangan agama atau undang-undang negara," katanya.

Sementara itu,ketua Jabatan Perberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak (PPPA) Sumatera Selatan Susna Sudarti SE menjelaskan pernikahan tersebut tidak seharusnya terjadi kerana remaja itu masih di bawah umur.

"Pihaknya menentang keras penikahan di usia sebegini dan pihak yang menikahkan mereka harus dilaporkan ke pihak berwajib.

"Ia boleh menganggu psikologi anak termasuk masa depan dirinya. Tokoh agama, masyarakat harus turut menasihati anak ini, jangan sampai terjadi lagi," katanya.

Sebelum ini pernikahan remaja berusia 16 tahun dengan seorang nenek 71 tahun menjadi perhatian ekoran perbezaan ketara umur pasangan itu.

Malah pasangan itu turut mengugut mahu membunuh diri jika keluarga mereka enggan merestui perkahwinan tersebut.


0 comments:

share2