Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, July 23, 2017

NETIZEN UCAP SELAMAT HARI LAHIR KEPADA PM


Netizen ucap Selamat Hari Lahir kepada PM


Shah Alam - Netizen berterusan menunjukkan sokongan mereka pada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila menghujani beliau dengan ucapan tahniah bersempena hari jadinya menerusi laman media sosial.

Najib dilahirkan pada 23 Julai 1953, hari ini menyambut hari kelahirannya ke-64 tahun.

Wanita Umno Bahagian Titiwangsa menulis di Facebook mendoakan agar beliau sering dikurniakan kesihatan yang baik.

"Sanah helwah PM, semoga Allah SWT selalu melindungimu dan dikurniakan kesihatan yang baik," tulisnya.

Sementara itu, pengguna Facebook, Azeeza Abdullah mengatakan sokongannya kepada Najib.

"Happy Birthday PM, The rakyat prayers and unwavering support will always be for you (Selamat hari jadi PM, doa rakyat dan sokongan tidak berbelah-bagi sentiasa ada buatmu)," tulisnya.

Pengguna Facebook, Tan Khai Beng juga tidak ketinggalan mengucapkan selamat hari jadinya kepada PM.

"Selamat pagi semua, Happy Birthday to our Prime Minister, Najib Razak (Selamat hari jadi ke PM kita, Najib Razak)," tulisnya.

Pengguna Facebook, Mohd Jamil turut tidak ketinggalan berbuat demikian.

"Selamat hari jadi yang ke-64 DS Najib, semoga mendapat berkat dan petunjuk Allah SWT jua," tulisnya.

Bagi pengguna Facebook, Hanif Daslepzz Indahouse mendoakan agar Najib sentiasa sihat dan sukses mentadbir negara.

"Selamat hari jadi DS Najib, semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa sukses dalam mentadbir negara," tulisnya.

Perkara tersebut turut disokong oleh Ahmad Nizam Abidin.

"23.7 = 64 tahun, semoga dilanjutkan usia dan dianugerahkan kesihatan untuk terus berbakti. Selamat hari jadi DS Najib Razak!" tulisnya.


0 comments:

share2