Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, July 23, 2017

[KUANTAN] NAMPAK AIR MELIMPAH DARI ATAS


asdf


Berpantang maut sebelum ajal. Sepasang suami isteri berdepan insiden mencemaskan apabila tangki air pecah di Tingkat Empat Kompleks Teruntum di sini kira-kira jam 1 petang hari ini.

Mangsa, Sheikh Mohd Hanafi Sheikh Ali, 50, dan isterinya, Norziah Abdul Ghafar, 51, sedang meletakkan motosikal Modenas Kriss di laluan belakang kompleks tersebut.

Menurutnya, dia hanya menyedari kejadian itu selepas mendengar bunyi seakan guruh.

"Saya mendongak ke atas dan melihat air melimpah dari tingkat atas kompleks ini. Saya dan isteri tak sempat melarikan diri.

"Akibatnya kami mengalami kecederaan ringan di tangan, lutut selain motosikal rosak akibat terkena serpihan batu dari tangki terbabit," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dia yang bekerja sebuah kilang di Pekan datang ke bandar ini bersama isterinya untuk membeli belah di kompleks membeli belah berhampiran.

Norziah pula bersyukur kerana dia dan suaminya terselamat walaupun mengalami kecederaan ringan.




"Ini kali pertama kami berdepan insiden mencemaskan dan syukur kerana selamat walaupun motosikal rosak teruk," katanya lagi telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan kira-kira jam 1.30 petang.

Bagi seorang kerani, Najawatul Huda Khairuddin, 28, turut bersyukur kerana tidak berada di lokasi tersebut ketika kejadian.

Namun motosikalnyaturut rosak selepas meletakkan kenderaan itu kira-kira jam 12.15 tengahari kerana menuju ke kompleks membeli belah berhampiran.

Dipercayai empat mangsa mengalami kecederaan ringan dan sebanyak 10 motosikal serta tiga kereta mengalami kerosakan akibat kejadian tersebut.

Sementara itu Pengurus Badan Pengurusan Bersama Kompleks, Mohd Zaid Harun memberitahu buat kompleks itu ditutup sementara waktu bermula hari ini selepas mendapat nasihat Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Menurutnya,kompleks yang menempatkan pusat perniagaan dan pejabat itu hanya akan dibuka dan beroperasi selepas mendapat pengesahan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Kompleks tersebut kini diuruskan oleh Badan Pengurusan Bersama dengan memiliki 21 tingkat dan mula beroperasi pada Januari 1980.


0 comments:

share2