Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, July 24, 2017

NAK MC KERANA MAIN TELEFON HINGGA PENING


Nak MC kerana main telefon hingga pening


Seorang pelayar wanita dipercayai seorang doktor berkongsi pengalamannya merawat seorang 'pesakit' yang ditemani ibunya.

Pelayar tersebut, Nur Ain mengatakan ibu pesakit tersebut mengatakan anaknya 'pening' sehingga tidak hadir ke sekolah.

Selepas memeriksa anaknya, doktor berkenaan mendapati pemeriksaan klinikalnya normal.

Beliau kemudian bertanya jika anak wanita tersebut memerlukan MC (sijil cuti sakit).

"Dik, awak jangka saya untuk bagi cuti sekolah sebab awak pening kepala sebab tido lambat main telefon?" kata pelayar tersebut.

Beliau kemudian memberitahu wanita tersebut bahawa beliau tidak akan memberikan MC.

Kata Nur Ain, insiden tersebut bukan kali pertama dan beliau kecewa kerana ibu bapa berbuat sedemikian.

"Anda tunjuk contoh yang buruk kepada anak anda," kata Nur Ain.

Perkongsian beliau menarik perhatian lebih 3,000 pelayar.


0 comments:

share2