Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, July 24, 2017

[KUANTAN] AIDILFITRI JKM PAHANG BERSAMA KANAK-KANAK, OKU DAN WARGA EMAS




EXCO Pembangunan Wanita Dan Keluarga Pahang, Dato’ Shahaniza Shamsudin menasihati warga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) agar jangan terlalu bersikap terlalu birokrasi dalam menjalankan tugas.

“Ada kalangan masyarakat sekarang tak mahu buat laporan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.  Sebaliknya meluahkan rungutan ke dalam media sosial seperti Facebook dan Whatsapp.”

“Keadaan ini membuat JKM dan institusi yang berkaitannya terpaksa tengok dan ambil tindakan proaktif  sesuai dengan tanggongjawab sebagai JKM” kata beliau.

Berucap di Majlis Aidilfitri JKM Pahang Bersama Kanak-Kanak, OKU Dan Warga Emas di Rumah Kanak-kanak Sultanah Hajjah Kalsom, Dato’ Shahaniza berkata tahun ini, Pahang menerima peruntukan lebih RM300.000.00 untuk alat bantuan sokongan.

Kerajaan Pahang juga menambah peruntukan RM20,000.00 untuk program “Negaraku : Berkasih Kita” yang akan diadakan pada September depan.


        

0 comments:

share2