Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, July 28, 2017

[KUANTAN] BUAYA TEMBAGA DITANGKAP DI KAMPUNG UBAI





Seekor buaya tembaga sepanjang tiga meter berjaya ditangkap dalam satu operasi berhampiran kawasan Permatang Senyum, Kampung Ubai, dekat sini, pukul 3 petang semalam
.
Sebelum itu, sekumpulan penduduk kampung bersama anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang berusaha mengesan haiwan reptilia berkenaan selepas didapati berkeliaran di kawasan itu sejak dua hari lepas.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba haiwan liar berkenaan muncul dari kawasan semak berhampiran sambil membuka mulut menyebabkan penduduk yang berada berhampiran bertempiaran menyelamatkan diri.

Seorang penduduk, Ahmad Kadri, 40, berkata, kehadiran buaya terbabit mula dikesan petang semalam oleh seorang penduduk kampung yang mahu memikat burung di kawasan berkenaan sebelum bertindak memaklumkan kepada penduduk lain.

“Berita mengenai kehadiran buaya itu kemudian tersebar di kalangan penduduk kampung dan kami selepas itu beramai-ramai pergi ke lokasi terbabit dan terserempak dengan seekor buaya di kawasan tepi tali air dipercayai dijadikan sebagai sarangnya,” katanya.

“Namun buaya terbabit kemudian melarikan diri ke dalam semak selepas terkejut dengan kehadiran orang kampung dan ketika kami semua mahu keluar dari kawasan itu, kami terserempak dengan seekor lagi buaya lain,” katanya lagi.

Ahmad berkata, bimbang dengan keselamatan penduduk, mereka melaporkan kejadian itu kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut.

Haiwan liar yang berjaya ditangkap petang tadi itu dibawa keluar dari kawasan berkenaan dipercayai untuk dilepaskan di lokasi lebih selamat.


0 comments:

share2