Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, July 28, 2017

[KUANTAN] 23 TUKUN REKREASI KUBOID DILABUHKAN


23 tukun rekreasi kuboid dilabuhkan


Jabatan Perikanan Pahang melabuhkan 23 unit tukun rekreasi jenis kuboid di tiga lokasi iaitu di perairan Kampung Cempaka , perairan Pantai Sepat dan perairan Cherok Paloh bernilai RM278,600.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Dato' Shafik Fauzan Sharif berkata, pembangunan tukun tiruan itu dibuat sebagai satu kaedah untuk pemuliharaan sumber perikanan dan habitat marin.

Menurutnya, permintaan terhadap tukun tersebut amat tinggi dalam kalangan nelayan yang mahu peralatan itu dilabuhkan di kawasan mereka.

“Tukun tiruan ini mampu menarik kehadiran ikan-ikan ke kawasan tukun yang menumpang. Antara ikan yang sering bermain di kawasan tukun ialah ikan selar kuning, ikan merah, ikan kerapu, ikan kerisi, ikan dengkis dan ikan kekunyit.

“Malah anak-anak ikan dari pelbagai spesies boleh berlegar-legar di dalam ruang yang terda[at pada tukun tiruan yang berfungsi sebagai habitat spesies anak ikan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Tukun Tiruan Jenis Kuboid di Perairan Kuantan, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Perikanan Pahang, Datuk Adnan Hussain.

Shafik Fauzan berkata, tukun kuboid seberat lima tan itu akan dilabuhkan dalam jarak lima batu nautika dan kedalaman air di tapak tukun adalah 10 meter.

Katanya, pelaksanaan projek tukun tiruan ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang di negeri ini khususnya di bawah RMK11.

Sementara itu, Adnan berkata, sejak 2006, pihaknya membelanjakan RM2.1 juta bagi tujuan aktiviti pembangunan tukun tiruan di Pahang.

Katanya, 12 tapak tukun tiruan konkrit dikenal pasti sejak 2006 melibatkan perairan Kuantan, Pekan dan Rompin.

“Antara jenis tukun dilabuhkan adalah tukun tetrapod, tukun kiub, tukun kiub juvenil dan tukun rekreasi kuboid.

“Kita melakukan pemantauan terhadap tukun yang dilabuhkan dan berharap nelayan tempatan turut sama terlibat secara aktif bagi membantu menyelenggara tukun-tukun yang dilabuhkan.


0 comments:

share2