Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, July 21, 2017

[JENGKA] PROJEK PALING DITUNGGU RAKYAT


Projek paling ditunggu rakyat


Orang ramai terutamanya peniaga gerai di Bandar Pusat Jengka yang terlibat dengan projek naik taraf dan pembesaran jalan Persekutuan dari Tol Chenor ke Bandar Tun Abdul Razak Jengka diminta beri kerjasama baik jika diarah berpindah.

Adun Jengka, Dato' Wan Salman Wan Ismail berkata, buat masa ini kerja-kerja lebih tertumpu kepada projek pemetaan, ukur jalan serta menempatkan pejabat pentadbiran sementara di Jalan Besar Felda Jengka 14.

Menurutnya, kontraktor telah memulakan proses awal kerja tapak seperti mengukur laluan dan pemetaan lokasi supaya rangkaian jalan raya yang dibina mengikuti spesifikasi yang ditetapkan.

“Terdapat lima lokasi melurus dan melebarkan jalan termasuk untuk kawasan rizab jalan yang memerlukan pengambilan tanah peneroka Felda yang dijalankan serentak supaya projek dapat dilaksanakan mengikut jadual.

“Selain pengambilan tanah, pihak kontraktor sedang menjalankan kerja-kerja pengalihan ulititi seperti paip air, tiang elektrik, telekom dan lain-lain ke lokasi sesuai sejajar dengan pelebaran jalan tersebut.

“Alhamdulillah setakat ini kerjasama yang diberikan amat baik sekali memandangkan projek ini adalah sesuatu yang anat ditunggu-tunggu oleh penduduk. Saya harap yang lain-lain juga akan terus beri kerjasama supaya kerja-kerja pembinaan lancar dan siap mengikut jadual yang dikehendaki,” katanya ketika ditemui di Pejabat Dun Jengka, Bandar Pusat Jengka, di sini, semalam.

Beliau berkata, projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT 83 dengan jarak 28 kilometer tersebut dilaksanakan kontraktor terpilih Iswara Bina Sdn Bhd dan dijadualkan siap pada 1 Disember 2020 iaitu dalam tempoh 43 bulan.

Menurutnya, projek dengan peruntukan bernilai RM213 juta itu telah bermula 2 Mei lalu melibatkan fasa awal.

Tambahnya, projek naik taraf dan pelebaran jalan ini adalah serupa dengan standard R-5 yang sedang rancak dilaksanakan dari Gambang ke Muadzam Shah yang menjanjikan faedah berganda kepada warga Felda Jengka.

“Ia bakal merancakkan sektor ekonomi, sosial dan pendidikan di kawasan berkaitan sekali gus beri manfaat besar kepada warga Felda menikmati rangkaian jalan raya yang lebih cekap dan efisien.

“Projek pelebaran jalan ini dari standard R-2 jalan dua lorong kepada R-5 dengan kelebaran lorong lebih besar yang akan memberikan keselesaan kepada pengguna terutama pada musim perayaan apabila anak perantau pulang dengan jumlah kenderaan bertambah.

“Spesifikasi pelebaran jalan ialah 3.5 meter dengan kelajuan kenderaan 100 km sejam berbanding laluan R-2 hanya 2.75 meter dengan had laju 60 km sejam.

“Jalan tersebut mempunyai lima lorong memotong, 11 naik taraf simpang jalan, membina jambatan baru di Sungai Cenderai dan naik taraf dua jambatan di Felda Jengka 15 dan jambatan lebuhraya di Felda Jengka 19,” katanya.


0 comments:

share2