Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, July 21, 2017

RCI FOREX, DAP MELAMPAU TIDAK HORMAT AGUNG & PENGAKUAN ANWAR





Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang dilabel sebagai ‘tamak kuasa’ dan ‘cakap tak serupa bikin’, memperlihatkan politik murahannya apabila sekali lagi cuba mempertahankan Dr Mahathir.

Agen propaganda pembangkang, MalaysiaKini telah melaporkan kenyataan Kit Siang tentang penubuhan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat skandal Forex.

Di antaranya, beliau mendakwa kononnya tempoh 3 bulan untuk Suruhanjaya Di Raja menyiasat kerugian pertukaran asing Bank Negara sebagai :

1. ‘Direka untuk membantu Perdana Menteri Najib Razak berdepan dengan Mahathir Mohamad’.

2. ‘Penubuhan itu menjadi satu lagi penyalahgunaan kuasa jijik oleh Najib, kabinetnya, dan peguam negara’.

Apakah Kit Siang bermaksud Yang di-Pertuan Agung hanya sekadar pak turut sahaja tanpa mampu untuk membuat pendirian sendiri?

Jika itulah maksudnya, kenyataan Lim Kit Siang ini sangat melampau, kurang ajar dan tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong. Beliau juga menghina struktur Surahanjaya DiRaja tersebut.

Realitinya, Suruhanjaya DiRaja harus diiktiraf dan dihormati kerana ia ditubuhkan dengan titah perintah Seri Paduka Baginda. Semua anggotanya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas budi bicara baginda. Panel-panelnya pula terdiri daripada tokoh-tokoh non-partisan dan bebas.

Lakonan Kit Siang yang sengaja mempertikai Suruhanjaya di-Raja ini juga telah menyerlahkan seorang ahli politik yang bukan sahaja desperado tetapi telah melanggar prinsip yang beliau ‘perjuangkan’ selama ini.

Beliau yang bersungguh-sungguh meminta dan mendesak supaya suruhanjaya di-Raja itu ditubuhkan sebelum ini.

“Sekiranya pakatan (pembangkang) mengambil alih sebagai kerajaan persekutuan dalam pilihan raya umum akan datang, satu Suruhanjaya siasatan diraja mestilah ditubuhkan untuk menyiasat kerugian skandal forex Bank Negara bernilai RM30 bilion dalam 1992 - Lim Kit Siang 4 Jun 2012

Kita sudah sedia maklum bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) mencatat kerugian kira-kira AS$10 bilion (RM44 bilion) melalui kegiatan FOREX pada tahun 1991 hingga 1994. Ianya dilaporkan sebagai kerugian yang terbesar pernah dicatatkan dalam sejarah perbankan antarabangsa.

Tiada tindakan lanjut di ambil, malah bekas Penolong Gabenor BNM ketika itu, Datuk Abdul Murad Khalid berkata,

"Apa yang pelik, tiada siasatan lanjut dijalankan walaupun kerugian mencecah AS$10 bilion. Pihak berkuasa mempersoalkan perkara ini namun ia terhenti di situ,” katanya.

Dr Rosli Yaakop, bekas Timbalan Gabenor Bank Negara pula telah memberikan empat nama dalam “forex scandal elite club masters” – Mahathir Mohamad, Daim Zainuddin dan 2 orang lagi. Manakala bank pusat hanya terlibat dalam pasaran spekulatif forex secara besar-besaran semasa Daim memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan.

“Arahan untuk merebut peluang menggunakan forex untuk sebagai sumber pendapatan diberikan oleh Daim bersama dengan restu Mahathir,” kata Rosli.

Buku Barry Wain, yang bertajuk “Malaysian Maverick” juga dirujuk oleh Kit Siang sebelum ini di mana dalam empat skandal kewangan dalam tempoh pimpinan Mahathir jumlah kerugian yang dialami oleh Malaysia dianggarkan bernilai RM100 bilion.

Dan segala pendedahan inilah yang membuatkan Mahathir resah dan takut, kata Kit Siang.

Bukan sahaja Kit Siang tetapi Anwar Ibrahim sendiri terbukti pernah berkata bahawa Mahathir Mohamad terlibat secara langsung dalam skandal yang menyebabkan rakyat Malaysia kerugian sebanyak RM15 bilion - RM30 bilion.

Di antara buktinya ialah laporan TheEdgeMarkets bertarikh 24 September 2012 :


KUALA LUMPUR (Sept 24): Foreign exchange trading activities undertaken by Bank Negara Malaysia (BNM) in the early 1990s, which resulted to the central bank losing at least RM5.7 billion of its reserves, was approved by then Minister of Finance Tun Daim Zainuddin, with the support by former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamed.




The late Tan Sri Jaafar told me that the forex trading activities was conducted by Tan Sri Nor Mohamed Yakcop with the approvals given by both the Minister of Finance before me and the Prime Minister then. Go and ask them!" he said in Parliament on Monday.

Allahyarham TS Jaafar Hussein, Gabenor Bank Negara Malaysia (Jun 1985 - Mei 1994) telah memberi tahu Anwar Ibrahim bahawa perniagaan Forex telah mendapat kelulusan Menteri Kewangan sebelum beliau iaitu Daim Zainuddin dan Perdana Menteri ketika itu iaitu Mahathir Mohammad.

Dan sekarang, Anwar, Mahathir dan Lim Kit Siang sudah dalam satu pasukan yang sama dan segala desakan dan pendedahan sebelum ini ‘hilang’ begitu sahaja.

Bukankah segalanya ini menyerlahkan sikap hipokrit melampau mereka dan mereka patut ditolak oleh rakyat?


0 comments:

share2