Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, July 21, 2017

BN TAK MIMPI, PENEROKA PEROLEH BANYAK MANFAAT SAMPAI SEKARANG





Presiden Majlis Belia Felda Malaysia, Anuar Abdul Manap menepis dakwaan Tan Sri Muhyiddin yang Felda bukan lagi kubu kuat BN dan meminta BN tidak bermimpi lagi untuk menawan Felda pada Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.

Katanya, sehingga kini pelbagai manfaat telah diperolehi peneroka, malah barisan kepimpinan Felda turut dimantapkan dengan membuat beberapa perubahan bagi mentransformasikan beberapa perkara dalam Felda.

Malah menurut Anuar meskipun mempunyai beberapa kelemahan, namun ia telah diatasi dengan sebaiknya.

“Kita tak pernah mimpi, tetapi dah beberapa kali peneroka peroleh manfaat realiti hasil daripada usaha yang kerjaan BN buat.

“Kita akui ada kelemahan, tapi kita akan perbaiki termasuk usaha sebelum ini okeh felda dgn menukar kepimpinan sedia ada dan meminta siasatan dibuat oleh pihak berkuasa kepada sesiapa yang terlibat,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Khamis.

Terdahulu, Muhyiddin mendakwa Felda bukan lagi kubu kuat BN kerana PPBM dan PH menerima sambutan yang baik daripada peneroka semasa program anjuran mereka.

Sebelum ini, Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad turut menyatakan kenyataan Muhyiddin itu hanyalah propaganda semata-mata bagi meyakinkan pengikutnya dalam parti PPBM.

Jelas Shahrir lagi, itu hanyalah pandangan beliau sahaja dan Muhyiddin mempunyai hak untuk berkata demikian, namun kenyataan tersebut tidak perlu dilayan.


0 comments:

share2