Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, June 8, 2017

MAIS TUNTUT CHEGUBARD TARIK BALIK TUDUHAN


Mohamad Adzib Mohd Isa


Shah Alam - Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin didesak menarik balik kenyataannya yang berbaur fitnah dalam tempoh 24 jam kerana mendakwa Istana Selangor berat sebelah dan terlibat dalam politik kepartian berhubung penggunaan sebuah bangunan surau di Jalan Kebun, Klang oleh Pas, baru-baru ini.

Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard didakwa membuat kenyataan itu menerusi artikel bertajuk 'Pertanyaan Terbuka Buat Istana Selangor' di laman blognya iaitu 'Perjuangan Adalah Pelaksanaan Kata-kata' pada Selasa lepas.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, artikel yang ditulis oleh Badrul Hisham itu adalah kenyataan tidak berasas terhadap istana dan institusi agama di negeri ini berikutan fungsi bangunan surau itu telah ditukar sebagai pusat ilmu serta kegiatan masyarakat sejak Mac lepas.

"Dalam blog itu dilaporkan Pas menggunakan bangunan surau tersebut untuk retreat (pemukiman) jentera pilihan raya parti itu... susulan itu MAIS mengarahkan siasatan dijalankan dan mendapati surau itu sudah ditutup selepas Masjid Al Falah, Jalan Kebun (berhampiran bangunan surau) beroperasi sejak 30 Mac lalu.

"Bangunan surau berkenaan kini ditukar fungsinya sebagai pusat ilmu dan kegiatan masyarakat, dengan kebenaran Jabatan Agama Islam Selangor, yang disewa kepada orang ramai bagi mengadakan program untuk menampung kos operasi masjid," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Mohamad Adzib, dakwaan Badrul Hisham itu jelas menunjukkan beliau tidak menyemak terlebih dahulu fakta yang ditulis.

Sehubungan itu, beliau menuntut Badrul Hisham menarik balik kenyataan di blognya dalam tempoh 24 jam dari tarikh kenyataan media ini dikeluarkan dan sekiranya gagal, beliau boleh diambil tindakan mengikut Akta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia atau mengikut Akta Fitnah 1957.

Semalam, Pas Kota Raja dalam satu kenyataan turut menyangkal dakwaan itu dan menyatakan kegiatan parti tersebut dibuat di dalam premis yang dikenali pusat ilmu Al Falah dan bukannya di dalam bangunan surau seperti yang dilaporkan.

Dalam pada itu, Mohamad Adzib mengingatkan pemimpin parti politik supaya menghormati dan mematuhi titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya masjid dijadikan sebagai zon bebas politik.

Rabu lepas, anggota Parlimen Subang R. Sivarasa dilaporkan memberi ucapan di dalam dewan solat ketika majlis pemberian sumbangan di Masjid An Nur Kampung Melayu Subang dekat sini, sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati pelbagai pihak.

Rentetan itu, Sultan Sharafuddin menzahirkan rasa sangat dukacita terhadap tindakan wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat itu dan menyifatkan Sivarasa melampaui batas.


0 comments:

share2