Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, June 23, 2017

[KUANTAN] PAIP SEDIA BEKALAN AIR MUSIm PERAYAAN


Air


Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) telah menyediakan beberapa pelan tindakan bagi memastikan kelangsungan bekalan air dan meringankan kesulitan pengguna sekiranya menghadapi masalah bekalan air semasa musim perayaan.

Pegawai Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat Paip, Nurul Farhana Abdul Hamid berkata, permintaan bekalan air yang meningkat semasa musim perayaan apabila orang ramai pulang ke kampung telah menyebabkan beberapa kawasan mengalami tekanan yang rendah terutama di kawasan Felda dan kampung tradisional.

"Sehubungan dengan itu, pihak PAIP telah menyediakan sebanyak 184 buah tangki statik dan 30 buah lori tangki air di seluruh kawasan yang dijangka mengalami gangguan bekalan air.

"Bagi bantuan bekalan lori tangki air hanya diberikan sekiranya berlaku kematian dan keutamaan kepada premis-premis kritikal iaitu pusat dialisis, pusat jagaan warga emas dan hospital,"katanya dalam satu kenyataan di sini.

Nurul Farhana berkata, bagi melancarkan aduan pengguna, petugas tunggu sedia telah ditugaskan selama 24 jam sehari dan pengguna boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan (PULAPEL) di talian 09-573 9999.

Disamping itu, pengguna dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemah dan menyimpan bekalan air secukupnya sebagai persediaan.


0 comments:

share2