Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, June 15, 2017

KDN UCAP TAKZIAH BUAT KELUARGA DUA JURUTERBANG TUDM


KDN ucap takziah buat keluarga dua juruterbang TUDM


Shah Alam - Kementerian Dalam Negeri (KDN) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dua juruterbang Hawk 108 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Perkara tersebut ditulis di laman Facebook rasmi KDN, hari ini.
"Seluruh warga KDN merakamkan ucapan Takziah buat keluarga Allahyarham Mejar Hasri dan Mejar Yazmi. Al-Fatihah," tulis kenyataan tersebut.

Mayat kedua-dua mereka ditemui kira-kira jam 2.30 petang tadi di kawasan berhampiran Kampung Chukai, di Kemaman, Terengganu.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang berkata, mayat mangsa ditemui 20 meter antara satu sama lain dengan payung terjun masing-masing.

Juruterbang yang meninggal dunia ialah Mejar Mohd Hasri Zahari, 31 berasal dari Kuala Lumpur dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, pula dari Negeri Sembilan.

Pesawat pejuang TUDM jenis Hawk 108 dilaporkan hilang di persekitaran Utara Kuantan iaitu di persimpangan Terengganu dan Pahang.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, TUDM memaklumkan pesawat itu berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada jam 11 pagi dan terputus hubungan pada jam 11:30 pagi.


0 comments:

share2