Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, June 15, 2017

DISKAUN TOL DI LPT DAN KARAK SEMPENA AIDILFITRI





Pengguna Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dan Lebuhraya Karak akan menikmati diskaun 10 peratus kadar tol pada Hari Raya pertama.

Pengarah Eksekutif Anih Berhad, Datuk Nik Fauzi Nik Hussein berkata, diskaun tersebut adalah untuk semua kelas kenderaan.

“Namun hanya pengguna yang membayar melalui pembayaran elektronik iaitu Touch ‘n Go dan Smart Tag sahaja akan menikmati diskaun ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, diskaun tersebut akan berkuatkuasa bermula jam 12 tengah malam sehingga 11.59 malam pada 25 Jun.

Katanya, pemberian diskaun itu merupakan satu penghargaan daripada syarikat konsesi lebuhraya itu kepada semua pengguna lebuhraya.

“Insentif ini adalah merupakan tanda penghargaan kepada pengguna lebuh rraya ini dan ia sebahagian daripada tanggungjawab sosial sempena Aidilfitri,” katanya.


0 comments:

share2