Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, June 15, 2017

HARGA PETROL TURUN 7 SEN


Harga petrol turun 7 sen, diesel 6 sen


Kuala Lumpur - Harga runcit mingguan bagi petrol RON95, RON97 dan diesel turun lagi berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini bagi tempoh 15 hingga 21 Jun ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui laman sesawangnya secara infografik menyatakan, harga runcit petrol masing-masing turun tujuh sen iaitu RON95 kepada RM1.98 seliter manakala RON97 kepada RM2.24 seliter.

Harga runcit diesel pula turun enam sen kepada RM1.88 seliter.

Bagi minggu sebelum ini iaitu 8 Jun hingga hari ini, harga runcit mingguan bagi petrol RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 pada RM2.31 dan diesel RM1.94 seliter.

0 comments:

share2