Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, June 24, 2017

ATUK PALING 'HOT' DI CHINA



Atuk paling 'hot' di China


Pesara biasanya akan menghabiskan banyak masa dengan berehat di rumah sahaja.

Tapi tidak bagi Wang Deshun, 81, yang dianggap sebagai datuk paling hangat di China bagai superstar.

Kehidupan Wang Deshun berubah dua tahun lalu, ketika dia mendapat peluang untuk berjalan di Fesyen China di Beijing.

Dengan rupa fizikalnya, janggut dan rambut panjang berwarna perak, gaya mudanya begitu mengkagumkan.

Memetik laman Oddity Central, Wang Deshun hanya lelaki dan juga suami daripada golongan kebanyakan.



Bapa kepada dua anak tampil dalam debut fesyen yang mengejutkan.

Tetapi dia kini menjadi 'virus' dan bersedia untuk membuat yang terbaik dalam peluang baharunya ini dengan menjadi bintang video inspirasi, permodelan yang berterusan, muncul di banyak rancangan TV dan membintangi beberapa filem dan siri TV China.

Menurutnya, satu cara untuk mengetahui sama ada anda sudah tua atau tidak adalah bertanya kepada diri sendiri.

"Adakah anda berani mencuba sesuatu yang tidak pernah anda lakukan sebelum ini? Alam menentukan umur, tetapi anda menentukan keadaan fikiran anda," katanya.


0 comments:

share2