Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, May 2, 2017

SEDIA LEBIH 70 SAJIAN, PELBAGAI MASAKAN BERBUKA PUASA


Sedia lebih 70 sajian, pelbagai masakan berbuka puasa


Sempena menyambut bulan Ramadan yang mulia ini, Kelab Rahman Putra Malaysia menyediakan pelbagai hidangan menyelerakan, di mana terdapat lebih daripada 70 jenis sajian dan pelbagai masakan.

Dalam satu kenyataan, Kelab Rahman Putra Malaysia berkata, tahun ini bufet Ramadan mereka bertemakan ‘Selera Aneka Rasa’ dari masakan Melayu, Cina, India, Timur dan Barat.

“Menu utama ialah seperti kambing panggang, nasi briyani hyderabad, ayam mentega masala, ulam-ulaman dan kerabu.

“Di samping itu, adagerai-gerai menyajikan pelbagai jenis pencuci mulut seperti ais kacang, cendol, agar-agar dan aneka kuih muih,” katanya.

Menurutnya, bufet berbuka di Kelab Rahman Putra Malaysia akan bermula pada 29 Mei sehingga 22 Jun ini.

“Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan harga promosi (Early Bird) yang bermula harga serendah RM40 untuk dewasa pada hari biasa (Isnin hingga Khamis) dan RM60 untuk dewasa untuk hujung minggu (Jumaat hingga Ahad), sila dapatkannya bermula dari tarikh 13 April sehingga 15 Mei 201.

“Manakala harga untuk warga emas dan kanak-kanak adalah RM29 setiap seorang,” katanya.


0 comments:

share2