Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, May 2, 2017

JEPUN HANTAR KAPAL PERANG


Jepun hantar kapal perang


Tokyo - Jepun, semalam telah menghantar kapal perang terbesar milik mereka untuk pertama kali sejak Perang Dunia Kedua bagi melindungi kapal pengangkut Amerika Syarikat (AS), USS Carl Vinson ke perairan Shikoku berhampiran Semenanjung Korea.

Penghantaran kapal pengangkut helikopter, Izumo dari pangkalan di Yokosuka di selatan ibu negara itu dibuat selepas menerima arahan daripada Menteri Pertahanan, Tomomi Inada.

Kapal perang sepanjang 249 meter itu boleh membawa sehingga sembilan helikopter, namun misi utamanya adalah peperangan antikapal selam.

Difahamkan, penghantaran Izumo dibuat susulan latihan ketenteraan bersama antara Jepun dan AS selain peningkatan ketegangan di rantau itu akibat provokasi berterusan Korea Utara. 

Pada 2015, Jepun telah meluluskan set undang-undang kontroversi untuk memperluaskan peranan tentera dan membenarkan ia terlibat dengan konflik di luar negara.

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Shinzo Abe menerima kecaman hebat selepas meluluskan undang-undang baharu itu yang dikhuatiri akan mengheret negara itu ke dalam kancah peperangan.


0 comments:

share2