Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, May 5, 2017

PEMBANGKANG TIDAK MAMPU BERTAHAN LAMA: NAJIB


Najib


Shah Alam - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan bahawa parti pembangkang di negara ini tidak mampu bertahan lama.

Menurutnya, beliau berkata demikian berikutan sejarah pakatan pembangkang tersebut.

"Sejak tahun 1986, pembangkang sudah membentuk sembilan pakatan seperti Barisan Alternatif yang ditubuhkan pada tahun 1998 tetapi dibubarkan pada tahun 2008, kemudian tertubuh pula Pakatan Rakyat (2008-2015) namun selepas beberapa tahun, dibubarkan.

"Lucunya, kini pembangkang didatangi parti kecil baru yang ingin menukar nama Pakatan Harapan, pakatan apa pula yang akan timbul nanti?" katanya di dalam blog miliknya, hari ini.

Pakatan Harapan disertai oleh parti-parti pembangkang seperti PKR, DAP, Amanah dan juga Bersatu dengan satu misi untuk merampas kerajaan daripada Umno/ BN.

Tambah Najib lagi, punca utama kejatuhan komponen pembangkang ini kerana tiada kestabilan politik di dalam pakatan itu sendiri.

"Konflik dalaman menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan perhatian pada rakyat.

"Kerajaan yang diperintah mereka ini berpecah-belah dan boleh mengakibatkan ekonomi merudum.

"Kepimpinan yang tidak sehaluan mendorong Kabinet bertukar dengan kerap, kesannya, kelangsungan perkhidmatan asas yang disediakan kerajaan akan terhenti atau tergugat," katanya lagi.

Sementara itu, beliau menekankan kepentingan kestabilan politik dalam pembangunan sesebuah negara.

"Antara faktor yang menentukan kestabilan politik adalah kerjasama antara parti politik dalam gabungan parti yang memerintah," katanya.


0 comments:

share2