Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, May 24, 2017

PELAKON CANTIK INI TRANSGENDER RUPANYA




Dia adalah pelakon cantik yang kini sedang mengembangkan karier dalam bidang lakonan. Malah wataknya sebagai Dana Malouf dalam drama Wentworth di Australia kini semakin mendapat perhatian.

Namun apa yang peminat tidak tahu, Daniielle Alexis sebenarnya dilahirkan sebagai lelaki dengan nama Shayne.

Dia hanya mendedahkan dirinya sebagai transgender selepas tamat sekolah menengah.

Daniielle memberitahu ibu dan datuknya memberikan sokongan penuh kepadanya sementara bapanya pula mengambil masa yang lama untuk menerima keadaan dirinya itu.

“Saya tahu saya memiliki alat sulit lelaki tetapi saya rasa diri seperti perempuan,” katanya yang mahu memiliki anak menerusi ibu tumpang.

Dia kini mempunyai lebih 30,000 peminat dalam Instagramnya dan meminati Kylie Jenner serta Megan Fox.


0 comments:

share2