Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 22, 2017

MB KECEWA KES PENIPUAN PAKEJ UMRAH DIPOLITIKKAN


MB kecewa kes penipuan pakej umrah dipolitikkan


Gong Badak - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman meminta agar pihak tertentu tidak mempolitikkan kes penipuan pakej umrah Yayasan Bakti Negara Terengganu (YBNT) demi kepentingan parti mereka.

Sebaliknya, kata Ahmad Razif, semua pihak perlu sama-sama membantu mangsa yang teraniaya agar hak mereka terbela.

“Saya sebenarnya kecewa dengan pihak yang dakwa nak bantu mangsa (penipuan pakej umrah), tapi cuba kaitkan dengan politik. Jangan politikkan isu ini, sebaliknya sama-sama berusaha untuk bantu mangsa dan membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan agar dikenakan hukuman sewajarnya.

“Kerajaan negeri akan bantu ikut kaedah bersesuaian memandangkan kes ini masih dalam siasatan pihak berkuasa. Kita serahkan kepada mereka untuk ambil tindakan undang-undang kerana kita tak mahu ganggu siasatan yang sedang berjalan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi balas kepada pihak tertentu yang dilihat sengaja menimbulkan polemik dan mengaitkan isu penipuan pakej umrah dengan politik.

Tambah Ahmad Razif, orang ramai juga dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran pihak tertentu, sebaliknya perlu membuat pertimbangan dan merujuk kepada pihak berwajib.

“Kepada pihak berkenaan, jangan cuba ambil kesempatan. Kepada masyarakat pula, jangan cepat percaya sekali gus membuatkan mereka tertipu buat kali kedua,” katanya.


0 comments:

share2