Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 22, 2017

[BERA] ELAK PEMBAZIRAN UBAT


Elak pembaziran ubat


Kebanyakan pesakit yang enggan menghabiskan ubat yang dibekalkan pihak klinik atau hospital menyebabkan berlakunya pembaziran ubat setiap tahun.

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM25 bilion kepada Kementerian Kesihatan bukan sahaja untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat menerusi latihan kepada para doktor, jururawat dan kemudahan infrastruktur tetapi juga bagi menyediakan ubat-ubatan yang berkualiti.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas negeri, Datuk Norol Azali Sulaiman berkata, saban tahun kerajaan menyediakan peruntukan besar bagi meningkatkan kesihatan rakyat.

“Oleh kerana kosnya mahal, ia jadi satu pembaziran jika dibuang begitu saja kerana ubat-ubat yang masih belum tamat tempoh boleh digunakan semula. Kalau ini boleh dielak, sekali gus memberi peluang kepada mereka yang benar-benar memerlukan rawatan dan kemudahan perubatan terutamanya golongan miskin.

“Sudah tiba masanya rakyat perlu lebih bertanggungjawab dan matang terhadap kemudahan dan keperluan kesihatan yang disediakan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Karnival Komuniti Sihat dan Hari Anugerah Kospen Perkasa Peringkat Negeri Pahang 2017, di Dewan Kompleks Rakan Muda, semalam.

Hadir sama, Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Sha’ari Ngadiman.

Dalam pada itu katanya, rakyat juga perlu menitikberatkan penjagaan kesihatan.

“Penjagaan kesihatan menerusi amalan gaya hidup sihat mampu berikan tahap kesihatan yang unggul dan berkualiti,” katanya.


0 comments:

share2