Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 7, 2018

PENDIDIKAN FOKUS UTAMA DI PULAU MANIS



Pendidikan fokus utama di Pulau Manis



Pendidikan menjadi fokus penting dalam usaha meningkatkan kecemerlangan golongan muda di Dun Pulau Manis.

Calon BN kerusi tersebut, Dato' Khairuddin Mahmud berkata, keutamaan itu menjadi fokus beliau sejak tercalon bagi tempoh tiga penggal lalu.

Khairuddin yang juga bekas pendidik berkata, sebagai bekas pendidik sudah tentu separuh daripada peruntukan kerajaan akan disalurkan kepada pembangunan pendidikan.

"Kita mengambil pendekatan dengan menjadikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebagai keluarga angkat membantu peningkatan pembelajaran pelajar tingkatan 5 melalui beberapa program di kawasan ini.

"Manakala bagi peningkatan pembelajaran sekolah rendah sama ada di kawasan Pekan dan Kuantan dibantu dengan program Empower ECERDC melalui kursus dan seminar. Ia terbukti apabila seramai 176 pelajar yang berada di paras sederhana menunjukkan prestasi cemerlang," katanya selepas Program Bina Insan Guru Dalam Dun Pulau Manis, di Inderapura Resort, di sini.

Dalam program tersebut, kira-kira 200 warga pendidik hadir untuk beramah-mesra.

Dalam pada itu, mengulas mengenai peluang BN di kerusi Dun Pulau Manis dan Parlimen Pekan, Khairuddin berkata, rakyat perlu melihat gerak kerja yang dilasanakan lima tahun lalu.

"Jika saya tidak menjalankan tanggungjawab pastinya tidak berpeluang menjaga kawasan ini selama dua penggal dan dicalonkan lagi pada PRU14 ini.

"Saya ingin rakyat menilai sendiri bantuan kerajaan untuk mensejahterakan rakyat dan tidak ketinggalan dalam pembangunan," katanya.


0 comments:

share2