Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, May 8, 2018

[BERA] GUNA PENDEKATAN DARI HATI KE HATI







Mendekati masyarakat dari hati ke hati lebih menyentuh jiwa rakyat, dan itu yang dilaksanakan calon Dun Kemayan, Dato' Mohd Fadil Osman.

Menurut Mohd Fadil, sepanjang tempoh berkempen ini, sukar untuk mengatur sebarang program atau aktiviti, sebaliknya hanya memenuhi undangan selain meninjau bilik gerakan dan pusat mengundi daerah di setiap lokasi.

“Tempoh berkempen tidak lama, saya cuba mengatur masa sebaik mungkin untuk berjumpa rakyat khususnya pengundi dalam kawasan Dun Kemayan ini.

“Apa yang penting, saya perlu menerangkan sesuatu isu berkaitan termasuk segala fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada saya sama ada menerusi lisan atau media sosial,” katanya.

Katanya, meskipun dalam tempoh berkempen, fitnah terhadap individu semakin menjadi-jadi.

Bagaimanapun, beliau percaya semua pengundi Dun Kemayan mampu menilai setiap kerja dan khidmatnya kepada rakyat sepanjang dua penggal menjadi wakil rakyat.

Mohd Fadil yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian berkata, meskipun berhadapan situasi itu, dia bersyukur kerana masih mendapat sokongan penyokong tegar Umno dan BN.

“Saya berterima kasih kepada mantan Ketua Pemuda Umno Bahagian Bera, Dato' Mohd Azizan Che Omar yang membantu saya berkempen di beberapa PDM. Begitu juga semua jentera yang bertungkus lumus membantu saya,” katanya.


0 comments:

share2