Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 10, 2017

PUTUS HUBUNGAN PAS-PKR


Putus hubungan Pas-PKR


Bachok - Pas Kawasan Bachok memutuskan usul kepada kepimpinan tertinggi agar tahaluf siasi bersama PKR diputuskan untuk kebaikan masa depan.

Yang Dipertua (YDP) Pas Bachok, Datuk Hassan Mohamood berkata, dalam mesyuarat Pas kawasan yang berlangsung kelmarin, cadangan itu disokong sebulat suara perwakilan yang hadir.

“Kita setuju untuk buat cadangan sedemikian memandang beberapa faktor yang telah diambil kira untuk kebaikan parti.

“Kita harap kepimpinan dapat buat kajian terperinci mengenai hubungan dengan PKR ini berikutan pelbagai isu timbul akhir-akhir ini.

“Muktamar yang akan berlangsung hujung bulan ini juga dikatakan akan membincangkan isu sama,” katanya.

Mengulas mesyuarat yang berlangsung kelmarin, Hassan berkata, tiada sebarang pertandingan berlangsung dan jawatankuasa tertinggi masih sama diketuai beliau.

Jawatan Timbalan YDP Pas Kawasan Bachok pula kekal milik Abdul Azziz Kadir yang juga Adun Jelawat dan Naib YDP Pas Bachok juga mengekalkan Adun Perupuk, Mohd Huzaimy Che Husin.

Manakala, jawatan Ketua Turus Ulama Pas Kawasan juga kekal milik Zamri Zahari dan pertandingan hanya melibatkan peringkat jawatan ahli jawatankuasa sahaja.

Mesyuarat Pas Kawasan Bachok 2017 kali ini dirasmikan Naib Presiden Pas Pusat, Datuk Ir Iskandar Abdul Samad.


0 comments:

share2