Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 10, 2017

PEMBERITA TENANG KETIKA BACA BERITA KEMATIAN SUAMI


Pemberita tenang ketika baca berita kematian suami


New Delhi - Seorang pembaca berita mengetahui suamimya terbunuh dalam satu kemalangan kereta ketika dia sedang menyampaikan berita secara siaran langsung di televisyen lapor The Sun UK.

Supreet Kaur, 28 tahun membaca berita untuk saluran IBC24 India kekal tenang walaupun wartawan yang berada di tempat kejadian memberikan butiran terperinci mengenai kemalangan yang meragut nyawa suaminya itu.

Walaupun wartawan tersebut tidak memberitahu nama mangsa yang meninggal dunia, bagaimanapun maklumat tersebut cukup buat pembaca berita itu mengetahui bahawa suaminya, Harsad Kawade, telah tiada.

Dia menyedari bahawa suaminya berada di dalam model kereta yang sama, jalan yang sama di tempat kemalangan bersama rakan-rakan.

Beliau meneruskan penyampaian berita selama 10 minit hingga tamat rancangan sebelum menangis dan segera menelefon ahli keluarga yang lain.

Salah seorang rakan sekerja Kaur, memuji sikapnya yang tenang walaupun berdepan dengan berita yang mengejutkan itu.

"Dia adalah wanita yang sangat berani, kami sangat berbangga mempunyai Kaur sebagai pembaca berita di sini namun apa yang berlaku hari ini amat memeranjatkan," katanya.


0 comments:

share2