Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 3, 2017

PENERBANGAN TERPENDEK DIDUNIA DIHENTIKAN



BERLIN – Penerbangan komersial selama lapan minit dari Jerman ke Switzerland yang dipercayai tempoh perjalanan udara paling pendek di dunia ketika ini telah pun dihentikan operasinya.

Dilancarkan sejak November tahun lalu, penerbangan itu melibatkan perjalanan pergi dan balik dari Lapangan Terbang Altenrhein di Switzerland ke Friedrichshafen di selatan Jerman dengan melintasi Tasik Constance.

Antara penyebab utama operasi penerbangan itu terpaksa dihentikan termasuk kegagalan pesawat syarikat People’s Viennaline yang berpangkalan di Vienna, Austria mematuhi laluan yang ditetapkan untuk perjalanan berkenaan.

Masalah pelik tersebut sebenarnya disebabkan ketiadaan penumpang yang mahu menaiki pesawat berkenaan sendiri, jelas Ketua Eksekutif Lapangan Terbang Friedrichshafen, Claus-Dieter Wehr kepada agensi berita DPA.

Pada masa sama, penerbangan yang menggunakan pesawat mini Embraer 170 buatan Brazil itu juga dikritik oleh beberapa aktivis pencinta alam sekitar setempat kerana dipercayai menjadi punca kepada pencemaran udara teruk.

People’s Viennaline yang ditubuhkan sejak 2010 hanya mempunyai dua buah pesawat kecil itu dengan kapasiti 76 tempat duduk serta terbang ke 13 destinasi di Eropah termasuk di Croatia, Greece, Itali dan Sepanyol.

Jarak penerbangan antara dua destinasi tersebut hanyalah 21 kilometer dan jika memandu kereta menerusi laluan darat sejauh 62 kilometer, ia mengambil masa kira-kira 62 minit sahaja.




0 comments:

share2