Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 27, 2017

[KUANTAN] JPN TAHAN LAPAN PATI



26 April (Bernama) – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pahang menahan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun di sekitar Balok di sini, hari ini.

Timbalan Pengarah JPN negeri Nazri Fairuz Mahmod berkata mereka ditahan dalam Op Terancang yang bermula pukul 9 malam semalam dan berakhir 4 pagi tadi, yang disertai 42 anggota JPN Pahang dan Terengganu serta polis.

"Lapan orang termasuk seorang wanita dan kanak-kanak ditahan dalam operasi itu. Kesalahan yang dilakukan ialah tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah manakala dua orang ditahan kerana menggunakan kad pengenalan palsu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Nazri Fairuz berkata kesemua mereka kini ditahan di Lokap Berpusat Indera Mahkota di sini, dan siasatan dijalankan mengikut Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 atas kesalahan menggunakan pengenalan diri orang lain.

Menurutnya, bagi kesalahan tiada dokumen perjalanan yang sah, mereka yang terlibat akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.




0 comments:

share2