Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 6, 2017

[JERANTUT] MB SERAH HAK MILIK TANAH FELDA KOTA GELANGGI 4



Jerantut - Pada 14.2.2017 lalu YAB Menteri Besar Pahang, DSDR Hj. Adnan Yaakob hadir ke Dewan Felda Kota Gelanggi 2 di sini bagi menyampaikan Suratan Hak Milik kepada 129 peneroka-peneroka dari Felda Kota Gelanggi 4.

Dalam masa sama beliau turut melawat projek perumahan PR1MA Pahang di Sungai Tekam Utara, Ibol Jaya. YAB Menteri Besar Pahang dalam rangka lawatan kerja sehari ke Dun Pulau Tawar.

Dalam ucapannya YAB Menteri Besar menyatakan bahawa Felda adalah projek membantu rakyat bagi memberi tanah kepada rakyat yang tidak bertanah. Kita dapat bayangkan jika tidak ada tanah rancangan Felda ini apa akan jadi kepada peneroka-peneroka disini.




0 comments:

share2