YAB Menteri Besar Pahang DSDR Haji Adnan Yaakob hadir meluangkan masa dalam program Majlis Ramah Mesra Dan Penyerahan Surat Tawaran Perumahan Generasi Baru Felda (FGBF) di Dewan Semai Bakti Felda Sungai Koyan 3 pagi tadi.
Dalam masa sama beliau berpeluang menyerahkan Surat Tawaran Perumahan Generasi Baru Felda kepada seramai 190 peserta yang terpilih.
Sebelum itu, YB Tan Sri Shahrir Samad menyampaikan taklimat dan penerangan kepada para peneroka berkaitan dengan isu-isu Felda yang berbangkit selama ini.
Turut hadir di majlis berkenaan Exco kerajaan negeri, Dato' Sri Wan Rosdy, Dato' Bakar serta Dato' Shahaniza serta kakitangan kerajaan dan pegawai-pegawai Felda. Dato' Syed Ibrahim bertindak sebagai moderator dalam sesi ceramah dan soal jawab.
0 comments:
Post a Comment