Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 25, 2017

ADA NEGARA MASIH GEMAR MAKAN KUCING, ANJING


Ada negara masih gemar makan kucing, anjing


Negara Taiwan menjadi negara Asia pertama yang mengharamkan sebarang aktiviti penjualan dan makan daging kucing serta anjing selepas beberapa siri kekejaman yang mencetuskan kemarahan.

Mengikut Akta Perlindungan Haiwan, sesiapa yang menjual, makan atau membeli haiwan berkenaan untuk kegunaan akan dikenakan denda £6,500 (RM36,665) dan mereka yang didapati bersalah melakukan kekejaman terhadap haiwan turut akan didenda £52,000 (RM293,437) dan dua tahun penjara.

Akta baharu ini dilihat dapat menangani kepercayaan karut seperti makan anjing hitam pada musim sejuk akan membantu badan kekal hangat.

Setakat ini, hanya Taiwan yang telah menguatkuasakan akta berkaitan isu ini,

Bagaimana pula dengan negara-negara Asia yang lain?

Menurut Human Society International yang dipetik BBC, walaupun amalan makan kucing dan anjing kini bukan menjadi makanan pilihan terumatanya selepas peningkatan pemilikan haiwan peliharaan dan sikap generasi muda yang tidak gemar makan haiwan domestik, namun kira-kira 30 juta anjing seluruh Asia termasuk haiwan peliharaan dicuri dan masih dibunuh untuk menjadi hidangan makanan manusia,

Walaupun ia tidak meluas, badan amal itu berkata, amalam tersebut masih diamalkan di China, Korea Selatan, Filipina, Thailand, Laos, Vietnam, Kemboja dan rantau Nagaland di India.

China, negara majoriti kes sembelih kucing, anjing

Walaupun angka yang tepat sukar didapati, China dipercayai bertanggungjawab bagi majoriti kes penyembelihan kucing dan anjing.

Setiap tahun, kira-kira empat juta kucing dan 10 juta anjing dipercayai disembelih di negara itu,

The Human Society berkata, majoriti adalah haiwan peliharaan yang dicuri, haiwan terbiar yang ditangkap dan dikurung di dalam sangkar.

Tradisi makan anjing menjadi amalam sejak beribu ribu tahun lalu walaupun mereka sering memeliharanya sebagai haiwan kesayangan.

Setiap tahun pada bulan Jun, bandar Yulin di selatan China menjadi tuan rumah festival daging anjing dimana anjing dan kucing dijual khusus untuk makan dan dianggarkan 10,000 ekor disembelih untuk mendapatkan daging haiwan itu.

Namun tahun lalu, turut menyaksikan bantahan besar-besaran terhadap perayaan tersebut dari dalam China mahupun di Barat.

"Gaegogi" di Korea Selatan

Sementara itu, di Korea Selatan, hidangan daging anjing adalah begitu umum dan mereka mengelarkannya sebagai 'Gaegogi'.

Negara itu mempunyai kira-kira 17,000 ladang anjing, menurut Humane Society, dimana haiwan disediakan untuk kegunaan manusia.

Walaubagaimanapun, sama seperti negara lain, tekanan dari kumpulan kebajikan turut memberi kesan kepada amalam ini.

Pada bulan Februari, pasaran daging anjing terbesar di Seongnam telah ditutup sebagai sebahagian daripada tindakan keras di negara yang akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk tahun depan.

Perdagangan haram daging anjing

Kira-kira lima juta anjing dipercayai disembelih untuk hidangan di Vietnam setiap tahun dan permintaan telah membawa kepada perdagangan haram di negara-negara jiran termasuk Thailand, Kemboja dan Laos.

Asia Canine Protection Alliance (ACPA) yang menggesa kerajaan untuk cuba menamatkan perdangangan daging anjing berkata, terdapat beberapa bukti yang menunjukkan perdagangan daging anjing berbahaya kepada manusa dan membawa kepada peningkatan penyakit seperti penyakit anjing gila.

Tumpuan ADPA adalah untuk menghentikan perdagangan haram anjing dari Thailand dan Loas ke Vietnam dimana anggaran lima juta anjing disembelih setiap tahun untuk kegunaan manusia.


0 comments:

share2