Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, March 18, 2017

POLIS CARI 'RAJA BOMOH'


Polis cari ‘Raja Bomoh’


Kuala Lumpur - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dilaporkan sedang mengesan Ibrahim Mat Zin atau dikenali sebagai `Raja Bomoh'.

Perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi akaun Twitternya hari ini.

"Jawi dan PDRM sedang berusaha menjejaki Bomoh (Ibrahim) sejak Isnin lagi untuk menangkap dan mendakwa beliau yang merosakkan imej Islam," katanya.

Terbaharu, Asyraf mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan upacara dilakukan Ibrahim yang dikatakan 'memagar' Malaysia daripada ancaman negara asing khususnya Korea Utara.

Ini kerana menurutnya, perbuatan menularkan ritual oleh lelaki berasal dari Teluk Intan, Perak, itu secara tidak langsung mempromosikan individu itu.

Katanya, usaha mengesan Raja Bomoh dijalankan sejak beliau giat menjalankan upacara 'memagar' negara ini daripada ancaman negara asing khususnya Korea Utara.

Perbuatannya itu dikatakan telah merosakkan imej agama Islam.


0 comments:

share2