Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, March 19, 2017

MUHAMMAD AIMAN BERHASRAT BELAJAR DI SEKOLAH SUKAN


Mayat mangsa kelima ditemui pada jam 12.17 tengah malam tadi kira-kira empat kilometer dari lokasi t


Kuala Krai - Muhammad Aiman Fitri Md Asmadi, 12, yang ditemukan mati lemas di Sungai Selangor di Kampung Timah, Bukit Beruntung, Selangor, semalam, berhasrat melanjutkan pelajar di Sekolah Sukan Bukit Jalil, kata bapanya.

Md Asmadi Ibrahim, 37, berkata pada minggu lepas anaknya turut meminta dibelikan kasut sukan berjenama.

"Saya belum sempat membelinya lagi," katanya dengan sayu ketika ditemui pemberita di rumah keluarganya di Kampung Tengah di sini, semalam.

Terdahulu, jenazah Muhammad Aiman Fitri selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tengah di sini, kira-kira pukul 2.15 petang selepas dibawa pulang dari Selangor malam tadi.

Md Asmadi memutuskan jenazah anaknya dikebumikan di kampung halamannya.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam itu, lapan kanak-kanak berusia sembilan hingga 12 tahun dari kawasan perumahan berdekatan dihanyutkan air pasang besar ketika menangguk ikan di sungai itu.

Seorang daripada mereka selamat manakala lima lagi ditemukan lemas dan operasi mencari dua lagi mangsa yang masih hilang dipergiatkan.

Empat lagi mangsa yang meninggal dunia akibat lemas ialah dua beradik, Shahrizat Abdullah, 12, dan Shahrizwan, 10; Amirul Hakimi Khairul Amru, 9, dan Muhammad Iskandar Shah, 12.

Md Asmadi berkata dia hanya mengetahui tentang anaknya itu hilang di sungai selepas dimaklumkan oleh pihak bomba sebelum dia balik kerja pada kira-kira 8 malam.

"Saya terus bergegas ke kawasan kejadian bersama isteri dan kira-kira pukul 10 malam anak saya telah dijumpai oleh pasukan bomba," katanya.


0 comments:

share2