Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, March 22, 2017

PEMIMPIN DAP MELAKA TIPU PAJAK TANAH RM1 JUTA?


Pemimpin DAP Melaka Ditahan Tipu Pajak Tanah RM1 Juta


Melaka – Seorang pemimpin kanan DAP Melaka dan seorang ahli perniagaan direman selama tiga hari berhubung kes penipuan membabitkan pajakan tanah di Kelantan.

Perintah reman terhadap kedua-dua suspek masing-masing berusia 54 dan 29 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret, Analia Kamaruddin di mahkamah majistret Ayer Keroh di sini pada Isnin.

Kedua-dua mereka direman bagi membantu siasatan pihak polis mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan curang mendorong supaya harta diserahkan.

Portal tempatan AgendaDaily melaporkan, pada 8 Mac lalu, bekas Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San pernah menggemparkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.

Beliau secara terbuka mendakwa bahawa ada dua bekas rakan dalam parti tersebut, termasuk pembantu wakil rakyat pembangkang, terlibat dalam aktiviti rasuah dan ugutan.

Leong San, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas-Duyong, memberitahu DUN bahawa dakwaan penipuan tersebut melibatkan mangsa kerugian kira-kira RM1 juta.

Beliau berkata, laporan polis dibuat pada 14 Disember tahun lalu oleh tiga pekebun kecil yang kehilangan wang hasil titik peluh mereka dalam perjanjian tanah di Kelantan.

Leong San berkata, mangsa membayar hampir RM1 juta kepada seornag pembantu ADUN DAP dan seorang pemimpin pemuda PAS Kelantan dalam perjanjian yang dibuat pada 2012.


0 comments:

share2