Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, March 4, 2017

[KUANTAN] PERNIAGAAN ON-LINE SEMAKIN DIGEMARI RAKYAT MALAYSIA : EXCO KOMUNIKASI PAHANG




“Peningkatan perniagaan On-Line meningkat dengan pesat sejak kebelakangan ini sehingga 90 peratus daripada urusan Pos Laju membabitkan urusan perniagaan On-Line. Bulan lalu sahaja pendapatan Pos Laju daripada perniagaan On-line membawa pendapatan lebih RM400 ribu.”

EXCO Komunikasi dan Multimedia Pahang, Dato’  Shahaniza Shamsuddin berkata peningkatan pesat itu memerlukan perkhidmatan Pos Laju meningkatkan perkhidmatan bagi memenuhi peniaga On-Line.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan perkhidmatan stesen pandu lalu Pos Malaysia Berhad atau dikenali sebagai EziDrive-Thru di Pejabat Pos Besar Kuantan.

Menurut beliau, perkhidmatan berkenaan dapat menjimatkan masa orang ramai serta memudahkan pelanggan Pos Laju membuat penghantaran barangan melalui pos tanpa perlu meninggalkan kenderaan mereka.

Pelanggan boleh menghantar kiriman hanya melalui tingkap kereta dan sekiranya mereka memerlukan bantuan, kakitangan EziDrive-Thru akan membantu memunggah keluar barangan berkenaan.

Ia merupakan stesen ke tujuh di dalam Malaysia dan yang pertama di Pantai Timur. Sambutan yang diterima juga menggalakkan di mana 200 pelanggan telah menggunakan perkhidmatan ini di hari pertama kaunter dibuka.

Majlis tersebut turut dihadiri Pengurus Negeri Pos Malaysia Pahang, Anita Abdul Razak.

    

       

0 comments:

share2