Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, March 4, 2017

10 LELAKI 'GERGASI' YANG AKAN BUAT ANDA TERKESIMA




Pasti rata-rata daripada kita pernah mendengar kisah-kisah legenda gergasi semasa kecil, kan? Mungkin ianya bukanlah dongengan semata-mata kerana memang terdapat manusia yang mempunyai saiz tubuh luar biasa hidup di muka bumi ini.

Di bawah merupakan sebarai 10 individu yang mempunyai saiz badan terbesar di dunia:

1.Romario Dos Santos Alves (Brazil)



Lelaki menjadi contoh bagaimana penggunaan sejenis minyak penambahan otot bernama synthol boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang serius apabila digunakan selama beberapa tempoh tertentu.

Syntol yang digunakannya itu membuatkan otot Romario ‘membuak-buak’ menjadi saiz yang luar biasa besarnya. Semuanya baik dan orang ramai mula menggelarnya “the Hulk”, sehinggalah dia disahkan menghidap penyakit buah pinggang dan hampir perlu memotong kedua-dua tangannya.


2. Arlindo De Souza (Brazil)


Seorang lagi ahli bina badan daripada Brazil yang mengambil keputusan untuk jadi sado dengan jalan pintas. Seperti Romario, Arlindo telah menjadi ketagih terhadap synthol dan telah mengalami masalah kesihatan sama seperti yang dihidapi Romario.


3. Denis Cyplenkov (Ukraine)


Denis merupakan ahli bina badan profesional, dan telah memenangi pertandingan gusti lengan di Ukrain dan Eropah. Dia juga adakalanya digelar Hulk oleh peminatnya. Namun, seperti Romario dan Arlindo, dia turut menggunakan synthol bagi mendapatkan otot yang besar.

Dengan ketinggian 186 cm (6 kaki 1 inci), berat 140 kg dan ukur lilit sebesar 24 inci, Denis sememangnya mempunyai tubuh badan gergasi!


4. Hafþór Júlíus Björnsson (Iceland)


Haflthor mempunyai ketinggian 2.06m (6 kaki 9 inci) dan berat 185 kg. Dia juga merupakan ahli bina badan, pelakon dan bekas pemain bola keranjang. Halflthor mempunyai kekuatan luar biasa dan boleh mengangkat beban seberat 450 kg!


5. Shaquille O’Neal (Unites States)

Shaquille atau dipanggil Shaq ini merupakan pemain bola keranjang popular. Dengan ketinggian 2.16m (7 kaki 1 inci) dan berat 147 kg, dia merupakan antara atlet terberat di dalam sukan tersebut. Selain itu, Shaq juga popular sebagai pelakon dan juga mempunyai permainan video yang direka khas berdasarkan hidupnya.


6. Yao Ming (China)


Yao yang merupakan pemain bola keranjang daripada China juga terkenal kerana sering dipaparkan dalam meme Internet. Apa yang lebih menakjubkan, Yao merupakan lelaki China tertinggi di dunia, dengan ketinggian 2.3m (& kaki 6 inci).


7. Vikas Uppal (India)


Vikas (lahir 1986) dikenali sebagai lelaki tertinggi India, berdiri dengan ketinggian 2.51m (8 kaki 3 inci). Dia telah meninggal dunia pada tahun 2007 lalu.


8. Sajad Gharibi (Iran)


Sajjad digelar Iranian Hulk oleh kerana saiz tubuhnya yang besar. Dia yang juga diberi nama Persian Hercules ini mempunyai berat badan 155 kg dan mampu mengangkat beban 175 kg.


9. Brahim Takioullah (Morocco)


Brahim merupakan lelaki tertinggi di Maghribi dan juga merupakan lelaki kedua tertinggi di dunia. Selain itu, dia juga memecah rekod sebagai pemilik kaki terbesar dunia iaitu lebih 15 inci atau 38 cm.


10. Sultan Kösen (Turkey)


Sultan ialah lelaki paling tinggi di dunia dengan ketinggian 2.51m (8 kaki 3 inci). Seperti lelaki ‘gergasi’ lain, Sultan yang berasal daripada turkey ini mempunyai masalah ketumbuhan pada kelenjar pituarinya yang mengakibatkan pertumbuhan tubuhnya menjadi terlalu mendadak. Tumor itu akhirnya dibuang daripada otaknya dan tubuh Sultan berhenti meninggi serta-merta.


0 comments:

share2