Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, March 4, 2017

LEBIH 100 PELAJAR MALAYSIA DITAHAN DI MESIR


visa pelajar


Kuala Lumpur - Seramai 126 pelajar Malaysia yang bersekolah di sebuah maahad tahfiz di A Sharqia, Mesir ditahan polis Mesir pada 27 Februari, berhubung kesalahan visa pelajar.

Setiausaha Kedua Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah Mohd Husaini Zainuddin berkata pelajar berusia 10 hingga 22 tahun itu ditahan kerana tidak memiliki visa belajar yang sah atau tamat tempoh. 

"Mereka kemudian dibawa ke Pusat Latihan Pasukan Polis Wilayah A1 Sharqia untuk diambil keterangan dan berada di bawah pengawasan polis," katanya ketika dihubungi semalam. 

Beliau berkata, pada 28 Februari lepas, pihak National Security Service (NSS) Mesir memutuskan 104 daripada mereka akan dihantar pulang dan selebihnya dibebaskan dan kini di bawah pengawasan pihak kedutaan," katanya.

Seramai 104 pelajar itu akan dihantar pulang ke Malaysia secara berperingkat mulai esok, katanya. 

Mohd Husaini berkata, urusan penghantaran pulang mereka diuruskan dengan pihak berkuasa Mesir dan ia dijangka dilakukan dalam dua kumpulan, pada 4 dan 5 Mac.

Mohd Husaini berkata, pihaknya percaya kegagalan maahad tahfiz itu berdaftar dengan Sektor Sekolah Al Azhar menyebabkan pihak berkuasa Mesir tidak memberi visa kepada kumpulan pelajar berkenaan.

"Pihak kedutaan menekankan kepentingan maahad tahfiz untuk berdaftar secara sah dengan Sektor Sekolah Al Azhar bagi membolehkan pelajar-pelajar MTMA diberikan visa yang sah oleh pihak berkuasa Mesir," katanya.


0 comments:

share2