Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang (SMKATAHAP) dijemput menghadiri jamuan perdana persatuan alumni sekolah itu pada 20 Mei 2017 ini.
Presiden Alumni SMKATAHAP, Zin Azran Mansor berkata, jamuan perdana di sekolah itu diadakan sempena Mesyuarat Agung kali Ke-3 persatuan alumni berkenaan.
"Kita mengundang semua bekas pelajar sekolah yang kini berada di seluruh negara, memeriahkan jamuan perdana ini disamping dapat bertemu semula rakan-rakan yang sudah lama terpisah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, SMKATAHAP yang mula dibuka pada 1984 dengan pengambilan pelajar terpilih dari seluruh Pahang yang mempunyai keputusan cemerlang di peringkat sekolah rendah.
Ketika ini SMKATAHAP dianggarkan mempunyai kira-kira 5,000 bekas pelajar dengan ada antaranya yang berjaya dalam pelbagai bidang.
"Oleh itu, pihak alumni mengharapkan bekas pelajar ini kembali semula ke sekolah asal kita dan sedikit sebanyak dapat menghulurkan sumbangan bagi membantu pihak sekolah.
"Selain itu mungkin ada antara bekas rakan kita sendiri yang pernah sama-sama belajar di sekolah ini, kurang bernasib baik dan memerlukan pembelaan, jadi sama-sama kita bantu," katanya.
Menurut beliau, program pendaftaran bermula jam 8 pagi diikuti Mesyuarat Agung, Jamuan Perdana, solat Zohor dan tahlil serta tazkirah diikuti aktiviti bersama bekas-bekas pelajar selepas itu.
0 comments:
Post a Comment