Kerajaan Pahang mencadangkan Kuantan dijadikan sebagai hab
untuk senilukis negara bermula tahun ini.
Muzium Kontemporari pelukis tempatan yang bakal dibuka tahun
ini akan menjadi aktiviti pertamanya yang menghimpunkan karya-karya dan lukisan
kontemporari pelukis tempatan di negara ini.
Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Sri Mohd
Sharkar Shamsuddin berkata, muzium pertama khusus untuk genre tersebut bakal
dibuka tahun ini di Muzium Seni Pahang.
“Muzium Kontemporari Pahang akan mempamerkan karya seni
setiap 2 bulan sekali untuk pelukis tempatan dan luar Pahang.”
“Kerajaan juga mencadangkan kerajaan dan syarikat swasta
menjadi pembeli dan menjaga koleksi pelukis pelukis tempatan.”
“Bagi bangunan hotel dan pejabat yang baru dibuka, kita
cadangkan supaya karya tempatan digunakan untuk menghiasi premis mereka dan ini
boleh membantu survival golongan terbabit dalam bidang ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas pelancaran pameran solo
Alunan Jiwa oleh pelukis wanita kelahiran Perak, Lyna Khairi di 90 Degree Cafe
& Art, Air Putih di Kuantan. Turut hadir Pengurus Besar Tourism Pahang, Datuk Ishak Mokhtar dan pemilik kafe, Jessin
Wong.
Sementara itu, Lyna ataupun nama sebenarnya, Rozlina Khairi,
46, ketika ditemui berkata, dia gembira dapat mengadakan pameran solo yang
menghimpunkan 16 karya catannya bermula 1 Mac lalu hingga 30 April ini.
Menurutnya, lukisan menggunakan akrilik sebagai medium itu
dihasilkan sejak 2013 dan menjadikan wanita dan persekitaran sebagai subjek
karya.
Pameran itu dibuka setiap hari kecuali Rabu bermula jam 10
pagi hingga 12 tengah malam dan masuk adalah percuma.
0 comments:
Post a Comment