Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, March 2, 2017

DAP ANGKUH, LUPA SEJARAH: PAS


DAP


Kota Bharu – Disebabkan sikap angkuh dan tidak boleh bertolak ansur, DAP sanggup menyalahkan Pas dalam semua hal sehingga membandingkan keterbukaan Pas zaman Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan zaman pentadbiran kini.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, DAP sebenarnya ‘lupa’ bahawa parti itu ‘berpengalaman’ memutuskan hubungan dengan Pas, sewaktu keberadaan Almarhum Tok Guru Nik Aziz, sebelum ini.

“Banyak sejarah yang ada, kalau sikap terbuka, sejak dulu lagi, kita terbuka dari segi kerjasama politik dan sebagainya. Selagi benda itu tidak bercanggah dengan dasar (jika) bercanggah dengan kepentingan dan dasar Pas, memang kita akan bertegas.

“Kalau nak kata tok guru (Nik Aziz) terbuka dengan DAP, kita pun terbuka. Cuma kita putus ini sebab DAP ambil sikap yang bertentang dengan perjuangan kita. Tok Guru sendiri pernah sebut masa DAP nak keluar (Barisan Alternatif), keluarlah, tidak ada masalah.

“Putusnya hubungan DAP dengan kita bukan hari ini sahaja, masa Tok Guru ada pun pernah putus dua kali.

"Jadi amat tidak betul kalau dia kata Pas yang ada kini berbeza dengan dulu,” katanya kepada media selepas mesyuarat Exco Kelantan, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang yang melihat beberapa perbezaan melibatkan Pas versi Tok Guru Nik Aziz dan Abdul Hadi kerana mendakwa bekas Menteri Besar Kelantan itu tidak akan merelakan sebarang muslihat atau pengkhianatan politik, terutamanya oleh pemimpin mereka sendiri.

Mohd Amar berkata, DAP seharusnya lihat pada diri sendiri, bukannya mengambil kesempatan menuding jari kepada Pas, sekali gus mengenang sejarah yang pernah parti itu lakukan terutamanya melibatkan isu negara Islam dan hudud sebelum ini.


0 comments:

share2