Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, March 2, 2017

DIUJI AYAH SAKIT KETIKA BELAJAR


Diuji ayah sakit ketika belajar


Kuala Krai - Walaupun terpaksa tinggal berjauhan dengan keluarga, namun itu tidak menghalang seorang calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Yahya Petra 2 untuk meraih kejayaan cemerlang.

Noraida Aziz memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.75 dalam keputusan STPM yang diumumkan kelmarin.

Noraida berkata, dia sanggup menghadapi segala cabaran termasuk menolak persepsi sesetengah pihak mengenai kesukaran belajar hingga peringkat STPM.

“Ramai anggap peperiksaan STPM sangat susah dan mencabar, saya juga pada mulanya sependapat.

"Tapi selepas dapat pendedahan daripada guru-guru, saya ambil keputusan untuk kekal di sini dan menamatkan tingkatan 6," katanya.

Menurutnya, sepanjang menyambung pelajaran di tingkatan enam, dia sekeluarga diuji apabila ayahnya jatuh sakit.

"Ketika itu, saya sungguh terkilan kerana tak boleh jaga ayah. Jarak rumah dan sekolah agak jauh.

"Dugaan inilah yang membuatkan saya terus cekal dan berjanji akan menghadiahkan sesuatu berharga kepada ayah,” katanya.

Tambahnya, dia bersyukur kerana ditempatkan di sebuah sekolah yang suasananya dipenuhi dengan aktiviti yang bermanfaat untuk rohani dan jasmani.

“Saya juga bertuah kerana diberi didikan dan tunjuk ajar oleh guru-guru yang hebat," katanya yang tidak pernah ponteng sekolah.


0 comments:

share2