Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, February 1, 2017

‘SERANGAN TABUNG HAJI HANYA BERMOTIF POLITIK'


Jamil Khir Baharom


Jitra – Beberapa ‘serangan’ dibuat terhadap Tabung Haji hanyalah untuk meraih keuntungan politik apabila melihat dari satu sudut dengan menimbulkan pelbagai persepsi terhadap orang ramai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pelbagai kejayaan dikecapi institusi itu sudah tentu membuatkan pihak berkenaan mencari peluang negatif untuk diletakkan kepada Tabung Haji.

“Inilah hal Tabung Haji sebab orang melihat Tabung Haji adalah satu pusat penyimpanan begitu terserlah hebat dari sudut penubuhan sejak 1963 hingga sekarang.

"Peranannya bukan sekadar untuk menguruskan kebajikan orang nak pergi haji, bahkan mampu berperanan lebih jauh daripada itu sehingga mampu menampung subsidi kepada mereka yang berkenaan.

“Dalam erti kata lain, apabila ia mempunyai satu kekuatan yang begitu hebat daripada penubuhan ratusan orang dahulu sehingga hari ini, ada lebih kurang 9 juta pendeposit. Ia satu jumlah organisasi begitu besar, jadi kadang-kadang ada orang melihat dari pelbagai sudut termasuk politik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Forum Penerangan Rang Undang-Undang A355 dan Program Transformasi Pemikiran Islam Malaysia Peringkat Negeri Kedah di Dewan Wawasan, semalam.

Tegasnya, selain memberikan pulangan dalam bentuk subsidi kepada bakal haji, lebih besar daripada itu mampu mengisytiharkan dividen dan bonus tahunan yang begitu menggalakkan.

“Saya sebut menggalakkan ini ialah sehingga menggamit orang atau memanggil orang untuk menyimpan walaupun dia dah pergi haji. Daripada 9 juta pendeposit, 1.9 juta adalah yang nak pergi haji.

“Maksudnya sekitar 7.1 juta orang dia simpan untuk dapat keuntungan daripada situ kerana kelebihan Tabung Haji ini pula, selain menyimpan yang patuh syariah, keduanya ia diuruskan selesai pembayaran zakat,” katanya.

Jelasnya, masyarakat tidak boleh melihat dari satu sudut susulan faktor-faktor negatif semata-mata, tapi perlu melihat keseluruhan kerana ia diaudit Jabatan Audit Negara.

“Segala pengumuman dividen dan bonus, perbelanjaan mesti patuh peraturan dan syariah,” katanya.


0 comments:

share2