Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, February 1, 2017

MANGSA BANJIR PAHANG MENINGKAT AKIBAT LIMPAHAN SUNGAI


Banjir


Limpahan air Sungai Pahang di Pekan menyebabkan jumlah mangsa banjir yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 2,393 orang berbanding 2,365 orang malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Zainal Yusoff berkata biarpun cuaca terang sejak dua hari lalu, Pekan mencatat sedikit peningkatan jumlah mangsa.

Setakat pukul 8 pagi tadi, 1,263 mangsa daripada 350 keluarga dipindahkan ke PPS berbanding 1,222 mangsa daripada 337 keluarga malam tadi.

Ini diikuti Maran dengan 975 mangsa daripada 297 keluarga, Bera 108 mangsa (31 keluarga), Temerloh 31 orang (enam keluarga) dan Rompin 16 orang (empat keluarga).

Jumlah PPS yang masih beroperasi juga meningkat daripada 47 kepada 49 iaitu 20 di Maran, Pekan (20), Bera (lima), Temerloh (tiga) dan satu di Rompin.


0 comments:

share2