Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, February 1, 2017

[PEKAN] TUNKU AZIZAH NAIK LORI, BOT LAWAT MANGSA BANJIR


Tunku Aminah naik lori, bot lawat mangsa banjir


Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menaiki trak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum menggunakan bot ke rumah mangsa banjir di Kampung Lamir dan Pulau Keladi Pekan, semalam.

Tunku Azizah menyampaikan sumbangan kepada tujuh keluarga selain barang keperluan antaranya ayam, sayur, ikan bilis, udang kering dan ikan masin.

Penolong Pengurus Yayasan Istana Abdulaziz, Rahim Othman berkata, pergerakkan ke sesuatu tempat terpaksa menaiki trak ATM berikutan jalan utama ke kawasab berkenaan ditenggelami banjir.

Menurutnya, bot digunakan untuk ke rumah mangsa yang tidak berpindah selepas kampung berkenaan terkepung banjir sejak lima hari lalu.

"Tunku Azizah memulaka rutin menziarahi mangsa banjir dengan memasak di Balai Raya Kampung Lamir sebelum meninjau keadaan banjir di kampung berkenaan.

"Memasuki hari kesembilan negeri ini dilanda banjir, sebanyak RM2 juta disalurkan kepada mangsa banjir melalui Yayasan Istana Abdulaziz dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip)," katanya.


0 comments:

share2