Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, February 17, 2017

[PEKAN] PAHANG TUAN RUMAH KARNIVAL NEGARAKU PERTAMA 21 HINGGA 26 FEB 2017




Exco Komunikasi Pahang, Dato’ Shahaniza Shamsuddin  mengumumkan bahawa Pahang akan menjadi tuan rumah Karnival NegaraKu pada 21 hingga 26 Februari depan.

“Acara karnival akan diadakan di Dataran Tasik Pekan pada 24 hingga 26 Februari membabitkan perbagai acara berkaitan semangat cintakan Negara”.

“Acara Karnival NegaraKu bertujuan menghubungkan dan menyatukan pelbagai lapisan masyarakat.  Di samping itu, ia juga bersifat memberi kefahaman terhadap kenegaraan, terutama kepada anak-anak muda untuk cintakan negara, perlembagaan dan Institusi Raja dalam jiwa mereka.” Kata beliau.

Turut diadakan sempena Karnival adalah menziarahi tokoh yang telah memberi sumbangan bakti kepada negara di empat kawasan di Maran.

Acara dialog, pameran, kebudayaan dan interaktif turut disertakan dalam program Karnival NegaraKu.

Dato’ Shahaniza berharap anak-anak muda akan turut hadir di Karnival NegaraKu bersama keluarga mereka bagi menjayakan acara yang dijangka mendapat sambutan lebih 30 ribu masyarakat dari seluruh negara.


          

0 comments:

share2