Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, February 17, 2017

PONTENG KERJA ELAK DIBURU AH LONG


pekerja


Bukan sahaja pegawai perubatan yang didapati ponteng kerja, malah terdapat juga segelintir penjawat awam yang berbuat demikian untuk mengelak diburu ah long.

Perkara itu didedahkan bekas Setiausaha Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Lok Yim Pheng ketika mengulas isu ramai pegawai perubatan terutama doktor pelatih yang dibuang kerja di negara ini, berikutan tidak hadir tugas sehingga mencecah lebih 400 hari.

Menurutnya, isu penjawat awam tidak hadir menjalankan tugas sebenarnya bukanlah isu baharu. Ada beberapa sebab berlakunya masalah itu, antaranya masalah keluarga, kesihatan dan tidak suka bekerja dengan pegawai atasan.

"Namun, ramai penjawat awam ponteng juga disebabkan cuba mengelak daripada diburu ah long. Mereka terpaksa pilih tidak masuk ke pejabat kerana bimbang ah long datang ke pejabat minta hutang.

"Ketika masih memegang jawatan Setiausaha Cuepacs, saya kerap mendapat panggilan telefon daripada penjawat awam yang ingin mendapatkan bantuan. Ada yang terpaksa ponteng antara enam hingga tujuh bulan," kata Yim Pheng kepada China Press.

Melihat masalah yang dialami penjawat awam ini, Yim Pheng mencadangkan kerajaan agar menyediakan kursus pengurusan kewangan yang betul kepada penjawat awam.

Yim Pheng mendapati, daripada 1.6 juta penjawat awam di seluruh negara, jumlah yang terbabit dalam masalah ponteng hanyalah kecil dan antara kementerian terlibat dengan masalah itu, termasuklah Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan.

"Biasanya, kerajaan memerlukan tempoh satu hingga dua tahun untuk menyelesaikan proses menamatkan perkhidmatan ke atas penjawat awam yang terbabit dengan masalah disiplin seperti ponteng kerja," katanya.

Bulan lalu, Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata, kira-kira 150,000 penjawat awam atau 12 peratus daripada tenaga kerja kerajaan meminjam wang daripada skim pinjaman mudah tidak sah dan ah long.

Kebanyakan daripada mereka kakitangan berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan dan bergelut dengan kenaikan kos sara hidup.

Sim Tong Him nafi terima sogokan

Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him menafikan beliau disogok orang tertentu agar meninggalkan DAP.

Beliau menegaskan akan mengambil tindakan mahkamah terhadap orang-orang yang menyebarkan fitnah tersebut.

"Saya dikatakan bertemu dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron untuk berbincang mengenai syarat-syarat jika mahu keluar parti. Perkara ini tidak benar sama sekali.

"Tuduhan ini adalah serius terhadap saya, ahli keluarga, rakan dan penyokong. Saya sedia ambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terbabit sebarkan berita palsu ini," kata Tong Him kepada Nanyang Siang Pau.

Beliau berkata, dakwaan pemimpin pusat DAP terhadap beliau, kononnya tidak setia terhadap parti adalah tidak benar.

"Sekiranya saya tidak menunjukkan kesetiaan kepada parti, keputusan yang saya pilih bukan keluar parti, sebaliknya lompat parti lain," jelas Tong Him.

Beliau menegaskan, tetap tidak akan melepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Kota Melaka kerana tidak mahu menimbulkan isu lagi.

Ramai peniaga masih guna pembungkusan plastik

Kebanyakan peniaga dan penjaja di sekitar Kuala Lumpur masih menggunakan pembungkusan plastik, walaupun larangannya hanya berkuat kuasa mulai 1 Oktober akan datang.

Kementerian Wilayah Persekutuan sebelum ini mengumumkan akan mengenakan kompaun maksimum sehingga RM2,000 kepada peniaga dan penjaja yang melanggar larangan menggunakan pembungkusan plastik dan polisterina mulai tarikh berkenaan.

Tinjauan dijalankan Oriental Daily mendapati, peniaga dan penjaja masih keliru dengan larangan tersebut kerana menyangka mereka hanya dilarang menggunakan polisterina dan bukan plastik.

Sesetengah peniaga pula mendakwa, pihak berkuasa tidak memberikan arahan jelas mengenai larangan menggunakan plastik.


0 comments:

share2