Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, February 10, 2017

NAFI TERIMA DANA UMNO, PAS SEDI AMBIL TINDAKAN SAMAN


Tuan Ibrahim Tuan Man


Shah Alam - Pas hari ini menafikan tuduhan parti itu menerima dana RM90 juta daripada Umno melalui akaun Affin Bank.

Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, fitnah yang bersifat jahat itu adalah sambungan rantaian fitnah yang pernah dibuat Sarawak Report yang kini dalam tindakan perundangan.

"Pas dalam masa sama akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan dakwaan tersebut. Pas akan mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau sebagaimana kita ambil tindakan kepada Sarawak Report.

"Pihak guaman Pas diminta meneliti kenyataan dan tuduhan jahat ini dan mengemukakan saman fitnah dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan semalam.

Seorang pemimpin politik mendakwa bahawa duit yang diterima Pas dari Umno sebanyak RM90 juta sebagaimana didedahkan Sarawak Report disalurkan melalui sebuah bank tempatan iaitu Affin Bank.

Pendedahan itu dibuat dalam satu video klip ceramahnya yang kini ditularkan melalui media sosial.


0 comments:

share2