Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, February 10, 2017

[BENTONG] PERSIAPAN PRU PERLU DIBUAT DENGAN BETUL




Jentera Pilihan Raya Umum disarankan agar sentiasa bersiap sedia. Namun mereka diingatkan agar tidak hanya sekadar berseronok memandangkan keadaan politik Negara hari ini sudah banyak berubah.

Demikian diantara petikan ucapan yang disampaikan oleh YAB Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, Dato' Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob sewaktu Majlis Perlancaran Jentera Pilihan Raya UMNO Bahagian Bentong semalam.

Beliau juga turut menegaskan agar persiapan Pilihan Raya Umum kali ini dibuat dengan betul agar ianya bersesuaian dengan keadaan diperingkat akar umbi.

"Persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya kali ini perlu dibuat dengan betul. Kita kena praktikal, kita kena rasional, (dan) kita kena realistik. Maknanya, keadaan dibawah macam mana (dan) apa patut kita buat," katanya.

Jelas beliau lagi, pada masa sekarang ini, keadaan politik Negara sedang menghadapi pelbagai cabaran sama ada dari dalam mahupun diluar parti.

Kata beliau, walaupun musuh - musuh UMNO sedang berada didalam keadaan berkecamuk diantara satu sama lain, namun itu bukan soalnya.

"Yang kita takut ialah orang tidak suka kita dan mereka tidak mengira siapa yang menentang kita, dia akan mengundi orang (parti) itu," tegas beliau.

Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa tidak ada satu bangsa sahaja yang dapat memerintah Negara Malaysia secara bersendirian.

Namun, Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO berjaya membuktikan bahawa parti itu mampu untuk menjaga kebajikan seluruh rakyat dari kalangan pelbagai kaum.

"Sejak tahun 1957, mereka boleh mengurus dan mentadbir Negara dengan adil dan saksama. Semua kaum diberikan perhatian," katanya lagi.


0 comments:

share2