Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, February 10, 2017

[KUANTAN] JANGKA HAYAT SETAHUN LAGI


Jangka hayat setahun lagi


Tapak Pelupusan Sampah Jabor Jerangau (TPJJ) hanya boleh digunakan untuk tempoh setahun lagi selepas digunakan sejak 1992 hingga kini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Datuk Fadzila Salleh berkata, setakat ini tapak itu menerima bahan pelupusan sampah berjumlah kira-kira 500 tan sehari.

Menurutnya, pihaknya telah mengenal pasti tapak seluas lima hektar yang diluluskan oleh kerajaan negeri berhampiran TPJJ untuk memproses bahan buangan itu.

“Kita sedang menunggu kelulusan dari Jabatan Hutan Negeri untuk memasuki tapak baharu tersebut.

“Buat masa ini, tapak yang sedia ada sudah penuh dan alternatifnya tapak tutup selamat telah digunakan sebagai tapak sementara sebelum tapak baharu boleh dimasuki,” katanya kepada pemberita pada sidang media di pejabatnya di sini.

Menurutnya, bermula 1 Oktober 2009, Syarikat Terang Bersih Sdn Bhd (TBSB) dilantik untuk melaksanakan perkhidmatan di TPJJ dan akan berakhir pada 30 September 2019.

“Melalui perjanjian bersama tiga pihak iaitu kerajaan negeri, MPK dan syarikat terbabit, TBSB bertanggungjawab mengurus dan menjalankan kerja penutupan sampah di kawasan tapak Sel B dan Sel C seluas 30 hektar.

“TBSB perlu mematuhi keperluan-keperluan perundangan melibatkan agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Alam Sekitar (jas), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan lain-lain,” katanya.


0 comments:

share2