Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, February 14, 2017

MAYAT HAMPIR REPUT DITEMUI TERAPUNG DALAM PARIT


mayat


BANTING - Mayat seorang lelaki yang berpakaian lengkap ditemukan dalam keadaan terapung di dalam parit di Jalan Sungai Nangka di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat individu itu yang memakai baju warna kelabu dan berseluar Jeans yang dipercayai telah meninggal lebih daripada dua hari.

Beliau berkata tidak juga terdapat kesan kecederaan pada mayat dan kematian individu berkenaan dianggap sebagai mati mengejut.

Namun identiti mangsa sedang dikenal pasti dan orang ramai yang yang kehilangan anggota keluarga diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222 bagi membantu siasatan, katanya.


0 comments:

share2